Soalan Lazim Pasar Sahabat
1. Siapakah yang boleh mendaftar di dalam Pasar Sahabat?
Semua Sahabat atau peminjam-peminjam AIM yang berniaga produk makanan boleh mendaftar di dalam Pasar Sahabat.
2. Adakah pendaftaran terbuka kepada orang awam yang bukan peminjam AIM?
Tidak. Pendaftaran terbuka hanya kepada Sahabat AIM sahaja. Orang awam hanya sebagai pelawat dan pembeli sahaja di dalam Pasar Sahabat.
3. Adakah akan dikenakan bayaran jika ingin berniaga di dalam Pasar Sahabat?
Tidak, Ianya terbuka secara percuma dan tidak dikenakan sebarang caj pembayaran kepada Sahabat.
4. Bagaimanakah dengan cara penghantaran?
Penghantaran makanan kepada pelanggan tertakluk kepada persetujuan antara penjual dan pembeli. Iaitu sama ada, penjual menggunakan khidmad penghantaran berbayar atau pembeli akan datng ke tempat penjual.
5. Siapakah yang akan menanggung caj penghantaran?
Pembeli yang akan menanggung caj penghantaran. Tetapi, sekiranya penjual bersetuju untuk menanggung caj penghantaran jadi tiada masalah.
6. Bagaimanakah pembeli ingin memantau pergerakkan pengantar makanan?
Pembeli boleh memantau pergerakan pengantar makanan melalui talian Whatsapp pengantar makanan dan penjual
7. Bagaimanakah cara komunikasi antara penjual dan pembeli?
Komunikasi atau tempahan makanan boleh di buat melalui talian aplikasi WhatsApp dan juga emel. Tertakluk kepada kemudahan antara penjual dan pembeli
8. Dengan siapakah boleh dihubungi sekiranya penjual mengalami masalah untuk mendaftar atau sebagainya?
Penjual atau pengguna boleh terus menghubungi pihak AIM SOLUTIONS SDN. BHD. di talian 1800-88-3386 atau 019-627 375